Ikatan Relawan Malaysia - RELA

Leave a Comment




Ikatan Relawan Malaysia - RELA telah bermula sejak zaman perang dunia ke-2 melalui penubuhan 'Home Guard' atau Pengawal Kampung. Penubuhannya bertujuan untuk menjaga keselamatan setempat apabila darurat diisytiharkan pada tahun 1948 iaitu dizaman komunis di Tanah Melayu. Ahli-ahlinya terdiri daripada sukarelawan masyarakat setempat. Pasukan Pengawal Kampung dibubarkan setelah darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960.

Bagaimanapon pada 11 Januari 1972, kerajaan telah mengambil keputusan untuk menubuhkan RELA di bawah Seksyen 2 Akta (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1964. Penubuhan semula pasukan RELA yang baru ini akibat dari pergaduhan antara kaum yang telah berlaku pada 13 Mei 1969. Hingga hari ini RELA yang dianggotai oleh berbagai kaum dan berada di bawah Kementerian Dalam Negeri - KDN, telah mengalami berbagai tugas dan fungsi dalam membantu memelihara keharmonian negara.

Download




Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment